Monday, December 1, 2008

SELAMAT DATANG DISEMBER

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum...

~Mungkin ada yang pelik melihat entry pertama aku..orang slalu cakap selamat tinggal Disember tapi aku ucap selamat datang Disember..asal eh? Mungkin aku boleh coretkan sedikit cerita di akhir coretan ini nanti..Insyallah kalau aku tak lupa...hee..

~Apa yang aku nak kongsi sempena kelahiran pertama atikel dalam blog aku sendiri nie adalah pengalaman aku mencipta benda yang dipanggil blog ini.. Payah gila beb..Complicated seh..ingat relationship jer ke yang ada status complicated..Kalau kurang sabar, nak jer aku berhenti buat..berair mata aku nie, pedih mengadap lap top aku nie..

~Tapi Alhamdulillah, akhirnya, blog ini lahir hasil tunjuk ajar senior-seniorku (credit untuk bro gg, amam n pada suma yang terlibat dalam pembikinan blog aku nie..cewah)..sesungguhnya sebelum ini aku tak yakin untuk menghasilkan blog sendiri.. Tapi hari nie, aku dah ada blog sendiri..haha..macam tak caya lak..tapi itulah kehidupan..sebagaimana yang aku selalu katakan (aku kata kat sapa pun aku xtau) aku tidak sempurna tapi selagi aku hidup, aku cuba untuk jadi sesempurna mungkin pada suma insan yang aku knal..

~Hmmm..Selamat Datang Disember..tajuk ley wat tajuk filem nie..slalukan ujung-ujung taun macam nie kan, suma orang nak say good bye kan..suma ternanti-nanti taun baru yang bakal tiba..

~Tapi kalau ikutkan sejarah hidup aku, Disember pernah membuka lembaran manis dalam hidup aku..terlalu banyak kisah suka dan duka..menarik, sehinggakan kadang2 buat aku tersenyum sendiri...

~Apapun, tahun 2008 hidup aku banyak mengalami evolusi..taun nie paling meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku..terlalu banyak kisah..suka duka, sentiasa bersulam yang kadang-kala membuatkan aku begitu bersemangat untuk terus melangkah tetapi dalam masa yang sama ada kisah yang membuatkan aku merasakan putaran masa terhenti dan cahaya yang menerangi perjalanan hidup aku hilang seketika..

~Namun itulah kehidupan...mungkin andai ada waktu, akan aku coretkan sedikit sebanyak kisah-kisah itu..buat waktu ini,biar ini saja..

~Disember..penghujung waktu, tapi ianya permulaan yang manis bagi aku untuk melangkah ke taun baru.."Selamat Datang Disember"..hee..

p/s: liliq, aku dah ada blog..btl kata ko..hahaha..

1 comment:

lieliq said...

wakakkaaaa....selamat datang disember...eh, silap....selamat datang ke dunia blog...hahahhahhaa

jgn sampai masuk lokap dah ler...ahaks...