Monday, September 30, 2013

White and Pink

Counting the day....
Road to annual dinner 29th batch
#excited #nervous


Thursday, September 19, 2013

Mengimbau Kenangan Kisahnya

Assalamualaikum.

Habuk di blog ini bakal dibersihkan dengan gambar-gambar penuh nostalgia 5 tahun yang lalu bersempena tengah rancak konvo di Menara Ilmu tercinta, USM. Perh, ayat tak nak kalah. Mana boleh kalah, so nak kongsi gambar-gambar konvo saya dulu.By the way, tadi baru perasan Aishah and Faiz dah berjaya menjumpai blog gua. Serius malu beb. Heeee.

Let go!

sangat suka gambar ini. candid yang sangat cantik

Cat and Farhan. My paparazzi for dat day

gambar topi nak tercabut

My lovely mom. This is for you!

Nie pun sangat sweet. Style yang sama

Kawan-kawan seperjuangan

Farhan tumpang bergaya

Irdina Marsya sangat teruja tengok alang dia berjubah, bertopi bagai. haha

My BFF. Cat. Kawan yang sangat ikhlas

My sis in law with Damia Syasya yang baru berapa bulan je


My big family

Wan Put. My cousin. My classmate form 6. Dia bagi hadiah bear besar gila!

Sapek, Azhar and Hasmah

My lil sis

Adik beradik. Hadiah untuk ayah juga

My super duper senior since I was in secondary school sampai la ke uni.
 Abg Hairi, terima kasih menjaga saya seperti adik sendiri 

Finally!

Sri and Miera, kawan and adik yang sentiasa disisi

Kak Husey! Kakak yang lembutttt sangat. Love u sis!

Kawan sekuliah. Sabrina.

Adikku, Saiful yang bertongkat semata-mata nak tengok kakak dia keluar dari dewan berjubah.

Seumur hidup, ini kali pertama dapat bunga!

My senior and my mentor. Thanks abe yoh

Arina. Dah penuh tangan beb

Adikku yang sangat kuat melatah. Nie dah berapa kali pose dah. Ika ooo Ika

Gang latah yang comel dari Indah Kembara. heee

Nama dia terlalu panjang. Nama pendek Ayea. PTD tu.

Walaupun sebaya. I called dis girl Kakak. Sebab dia kakak sangat. Kak Sally

Sebahagian dari hadiah. Sebahagian ok!

Ct, kawan baik dari sekolah rendah, menengah sampai uni.
Cuma bila kat uni, dia kat Nibong Tebal, saya kat induk :)

Abg Pian and Liliq. Liliq nie BFF perempuan yang aku ada. haha

Have to say this. Walaupun dia komunis, kejam, mulut laser.
Tapi dia la yang menjadikan aku orang yang lebih baik di sini

Beha! Gadis Melayu nie. Musim ke berapa tak ingat. hehe

Nama dia Teh. Tapi kami panggil dia Teh 'KAMI'. sebab dia bahasakan diri dia kami. hehe

Terima Kasih meraikan kami

Terima Kasih atas kasih sayang dan didikan sehingga aku berjaya


My Mum and My Bro

Inilah kisah konvo saya. 3 tahun di USM mengajar saya erti hidup sebenar. Pahit, manis, masin, pedas secukup rasa. Pengalaman tidak ternilai harganya. Terima kasih menjadi sebahagian dari kisah hidup saya. Terima kasih memainkan peranan dan watak masing-masing yang telah tersurat olehNya.
 
USM. DULU. KINI. SELAMANYA. DIHATIKU.

Monday, March 18, 2013

Apa Rasa MATI ?

Assalamualaikum..

Entri pertama untuk tahun ini. Bunyinya sungguh berat. Pertanyaan dari seorang teman yang membuatkan aku terus bangun dari tidur.



 
Inilah destinasi akhir kita nanti

Sememangnya aku tiada jawapan untuk soalan itu. Cuma kalau ditanya, apa rasa mati pada orang yang ditinggalkan oleh si mati? Mungkin aku mampu menjawabnya dengan baik.

Rasa kosong. Paling terasa selepas selesai segala urusan pengkebumian. Apabila seorang demi seorang yang datang menyampaikan rasa simpati dan takziah pulang ke rumah masing-masing.

Rasanya sungguh kosong. Apabila bangun dari tidur akibat keletihan menyelesaikan segalanya. Tatkala mata dibuka, otak kembali mengingati apa yang berlaku sebelum mata terlelap.

Rasa pedih mula mengisi hati dan jasad yang ditinggalkan. Jika sebelum ini mampu gagah melangkah dengan penuh harapan, tapi pada saat itu untuk menapak pun tidak mampu walau selangkah.

Redha. Ya, perkataan yang senang diungkap. Malah sebelum pemergiannya telah acap kali diucap apabila semakin hari melihat keadaanya yang semakin tenat. Hati kecil selalu berkata, "aku redha, jika ini yang terbaik untuk dia, aku redha dia pergi dari melihat dia menanggung derita"

Cuma ingin memaksudkan erti redha itu, sangat menyakitkan. Malah sehingga jasad yang mati itu hilang dari pandangan mata, masih belajar erti sebuah redha.

Tabah. Belajar erti tabah. Hidup mesti diteruskan. Doa dikirim tanda sayang dan cinta yang tiada terhingga. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kehilangan mengajar kita semua erti hidup. Erti redha yang sebenar. Erti tabah. Erti belajar menerima hakikat yang tiada yang sama lagi selepas ini. Erti kuat di hadapan semua orang yang disayangi walaupun diri sendiri serasa ingin tumbang menyembah bumi.

Terima kasih wahai teman tentang pertanyaan itu. Sekurang-kurangnya kamu membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah diri. Aku sayang kamu!

Rasulullah bersabda :
“Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yg soleh.”
 
 
Al-Fatihah untuk semua kesayanganku yang telah pergi meninggalkan aku. Semoga kalian damai di sana.