Friday, December 5, 2008

Hayati Pengertian Aidil Adha

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

~Assalamualaikum..

~Lebih kurang 2,3 hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha ataupun dipanggil juga dengan nama Hari Raya Korban..

~Aidil Adha adalah sambutan terbesar dan istimewa bagi umat Islam selain daripada sambutan Aidilfitri..

~Aidil Adha disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.. Sambutan ini dimulakan dengan takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan khutbah Aidil Adha seterusnya mengadakan ibadah korban pada siang 10,11,12 atau 13 Zulhijjah..

~Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya..

~Mengingati peristiwa itu, membuatkan aku bertanya pada diri sendiri...apakah pengorbanan yang telah aku lakukan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara sejak 23 tahun yang lalu..ataukah tidak ada satu pun pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini..dan adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap ianya sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri...

~Aku selalu mengingati diri aku sendiri, setiap perjuangan ada pengorbanan..adakah selama aku berjuang, sudah cukup pengorbanan yang telah aku lakukan..ataukah masih kurang apa yang telah aku korbankan sehinggakan ada ketikanya aku tersilap langkah.. namun, untuk berpatah balik, itu bukan jalan terbaik..pilihan yang ada, teruskan melangkah sambil mengharap ada sinar di hujung jalan...

~Tapi aku yakin dan percaya, pengorbanan yang ikhlas, Insyallah akan mendapat balasan yang baik..yang penting niat kita..Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya..aku mohon supaya segala pengorbanan yang aku lakukan selama ini (kiranya ada), akan mendapat hikmah disebaliknya..

~Mendengar takbir Aidil Adha pertama kali tanpa ayah tersayang, pastinya akan membuatkan air mata aku menitis tanpa sedar untuk kali kedua..pasti sambutannya berbeza tanpa dia yang aku sangat sayang, yang aku sangat hormati...aku masih ingat, setiap kali tibanya Aidil Adha, dia adalah insan yang paling sibuk untuk memastikan ibadah korban di kawasan rumah ku berjalan lancar...tapi itu suma tinggal kenangan..aku tidak perlu lagi menggosok jubahnya di pagi raya untuk dipakai oleh ayah ke masjid...rutin yang tidak lagi aku lakukan sejak Aidil Fitri yang lalu..

~Tiada lagi panggilan 'selasih' untukku..walaupun aku tidak pernah mendengar dia memanggilku dengan panggilan itu sepanjang usianya, sesungguhnya aku sangat berbangga dengan nama itu..nama itu hanya untuk aku dan hanya dia yang memanggil aku dengan nama itu..aku hanya mengetahui 'selasih' itu merujuk kepada panggilan manja ku yang digunakan oleh ayah setelah dia pergi..aku abadikan nama itu pada blog ini dan pada sesuatu yang aku amat sayangi....nama itu hanya ayah yang berhak panggil.. pada yang lain, jika ada yang ingin memanggiku 'selasih'..maaf, biarlah ianya menjadi kenangan terindah antara aku dan ayah...

~Sesungguhnya, perngorbanan yang dia lakukan, tidak sempat aku balas..walaupun aku tahu, tiada apapun yang nilainya boleh disamakan dengan pengorbanannya membesarkan aku..tapi andai aku sempat membahagiakannya, alangkah bertuahnya aku..

~Sempena Aidil Adha ini, lakukanlah pengorbanan selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan ini, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa, namun ingat..biarlah pengorbanan itu wajar dan betul pada tempatnya..

~Salam Aidil Adha dari aku dan keluarga di Perlis.. Jemputlah datang ke rumah..




~Buat insan tersayang, Allahyarham Haji Halid @ Malek Bin Musa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5 April 2008, tarikh genapnya umurku 23 tahun,dan juga untuk suma umat Islam yang telah kembali menemuiNya.. Al-Fatihah..Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat...Amin...



No comments: