Wednesday, December 24, 2008

Laskar Pelangi...

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya…

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau ini kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya…

Wednesday, December 17, 2008

sumone said, this is girl survey..

Have you ever intentionally made someone jealous?
…mungkin la…

Do you live close to the your BF/GF?
…sumtyme…

What color is your room?
…kalerful..haha…

Do you still talk to the person you fell hardest for?
…rasanya x kot..saya seorang yang agak pendendam..terukkan saya nie…

When was the last time you were outside?
…last nite…

Who is your number one on FS?
…en wan zul hidayat…

Have you ever dated someone older than yourself?
…slalu jer…

Do you have any older siblings?
…yup, my sis n my bro…

Do you wear glasses?
…sumtyme…

What will you be doing in a half hour?
…menyelesaikan tugas yang belum selesai…

Name one person that made you smile today?
…belum ada lagi rasanya..haha…

Hold hands with anyone today?
…nope…

What were you doing at 7:45AM this morning?
…tgh siap2 nak g keja…

Did you kiss or hug anyone today?
…xder gak…

What was the last tv show you watched?
…2 malam lepas..layan nujum pak belalang dengan saf..haha…

Would you want to watch scary movies alone or with another person?
…perlu ker tgk muvie sorang2…

Do you ever wonder how other people see you?
…sumtyme..sumtyme I dont care…

What are you doing next Friday?
…go back home for my cuzin wedding ceremony..kena jd pengapit lak tu..huhu…

Is any part of your body sore?
…mbe my heart..haha…

Last night, did you go to sleep smiling?
…hopefully…

What is your current mood?
…xtau nak describe..apakah perasaan saya sekarang nie ha…

Do you watch TV or listen to music more?
…listen music…

What color eyes do you prefer the opposite gender to have?
…coklat..so sweet…

Do you want children?
…of coz..anak itu anugerah dan rezeki dari Allah…

Does your FS password have to do with a boy?
…no,no n no…

What's one thing a guy can do to make you like them?
…cukup sekadar dia memahami diri saya dan menerima saya seadanya..itu memadai…

Are you a girly girl?
…xrasanya..tp xtau la pada pandangan org lain..tapi slalunya kawan2 ckp saya nie lasak, ati kering..huhu..kategori apakah itu..hee…

Do you enjoy drama?
…depends…

Do you call anybody by their last name?
…saya akan panggil dengan panggilan yang mereka suka saya panggil…

Do you wear makeup?
…sumtyme..ikut mood…

Can you put on mascara without opening your mouth?
…bley jer…

Have you ever cooked food for a guy?
…slalu jer…

Tuesday, December 16, 2008

Posto-Posto

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum..

~act, aku ada satu info nak bagitau korang..aku pun xtau mula-mula, tapi secara kebetulan aku dok ronda-ronda sekitar Unimap dengan family aku kemarin, aku terpandang satu poster kat papan kenyataan Unimap tu mengenai Kajian Pengesahan Graduan (susulan)..



~kalau korang masih ingat, bagi kawan-kwan yang dah bergraduasi, sebelum kita ambik transkip ari tu kan, kita wajib wat kajian siswazah yang Kementerian Pengajian Tinggi mintak wat..ala, sampai yang ada nak buang jer lap top sebab xley nak surve sebab terlampau sesak tyme tu..ha, kajian ni adalah kesinambungan dari kajian ari tu la..nama pun Kajian Pengesahan Graduan (susulan)..hee


~Kajian nie terbuka untuk siswazah yang masih mengganggur dan juga pada graduan yang telah bekerja tapi masih mencari pekerjaan yang lebih baik..

~pada kawan-kawan, yang nak mencari masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..pakat-pakat la wat survey nie..mana tau ada rezeki kita kat mana-manakan.. tak salahkan mencuba nasib..

~tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia mungkin di hujung jari..so ringan-ringan kan la tangan klik kat sini..
http://www.mohe.gov.my/kspgv

~adios...

Friday, December 12, 2008

Senyumlah Hati..Walaupun Terasa Sukar Diukir..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum...

~entah mengapa pada waktu ini, hati aku terasa sangat sayu..untuk mengukir senyuman semanis biasa seolah2 xmampu lagi untuk ku lakukan..

~ketenangan yang selama nie aku kecapi seolah-seolah hilang entah kemana..aku tidak tahu di mana silapnya..terasa langkah aku semakin sumbang..

~adakah apa yang aku rasa ini sekadar perasaan aku ataupun ada sesuatu yang aku tau tetapi sengaja aku ambik tidak peduli...sengaja aku menganggap semuanya seperti biasa walaupun bukan itu sebenarnya yang terjadi..Ya Allah, apa yang sepatutnya aku lakukan..aku benci bila aku berperasaan seperti ini..aku rindukan sesuatu..ya, aku rindukan sesuatu..

~aku rindukan zaman kehidupan kampus yang aku lalui bermulanya aku bergelar pelajar USM..aku rindukan suasana itu..aku rindukan senior2 yang sangat memahami aku..aku rindukan sahabat2 baik aku yang sentiasa dengan aku tak kira siapa pun aku..sama ada aku berada di puncak atau pun ketika aku merasakan aku adalah sehina-hina manusia pada ketika itu..

~cat, azhar..aku rindukan zaman kita menjadi sahabat yang sangat baik..sangat memahami antara satu sama lain..saat kita tidak pernah berkata tidak setiap kali ada antara kita yang mintak tolong wat sumthing..siyes..aku rindukan saat itu..korang memang sahabat yang paling memahami..tidak pernah jauh meninggalkan aku..dan bila aku jatuh tersungkur menyembah bumi, korang masih setia menghulur tangan membantu aku bangun berjalan kembali walaupun yang lain telah jauh meninggalkan aku..

~sungguh..aku rindu saat itu, saat kita boleh bercakap apa saja yang kita suka..saat kita tidak pernah menghirau apa yang orang akan kata pada kita..tapi itu semua aku rasakan semakin jauh meninggalkan kita...antara kata-kata dua sahabat aku yang masih aku ingat sampai sekarang dan aku akan ingat sampai mati..'zah, ko nie xder perasaaan..ati kering'..itu kata dua sahabat baikku ini...aku ingin mereka terus bersama aku, mereka sahabat terbaik aku sepanjang aku berada di bumi Minden ini dan tidak keterlaluan jika aku katakan, mereka sahabat terbaik yang pernah aku ada sepanjang umur ku..aku tidak mahu kehilangan mereka..kerana, mereka cukup memahami aku...sahabat, aku nak korang tau, betapa korang sangat bermakna pada aku..dan bila aku terasa sunyi, aku rindukan zaman kegembiraan kita..tapi, hidup ini ibarat roda kan..ada masanya kita perlu akur dengan putaran masa..tapi aku nak korang tau gak walau apa pun yang telah terjadi dan akan terjadi, korang sentiasa di hati aku..sebagai teman, sebagai sahabat,atau sebagai orang yang tersayang dihatiku..

~memasuki alam kampus, membuatkan aku menjadi diri aku yang sebenar..apa yang dilihat, itulah aku yang sebenar..pada yang tidak berkenan dengan perangai aku..terpulang..tapi sekurang2nya aku tidak hipokrit..kalau aku dilihat comot, memang aku comot la tu..aku bukan jenis minah yang control ayu..mungkin pengalaman lalu mengajar aku supaya menjadi diri sendiri..xperlu berlakon menjadi orang lain..apa perlu menyenangkan hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak gembira dengan apa yang dilalui..aku rindu pada keluarga mpd harapan yang diterajui oleh wong dulu..yang menerima aku sebagai aku..itu saat2 yang membahagiakan..dari situ aku mula mengenali abg apiz, k.lina, k.alin, abg ey, cat, azhar, coai, ramai lagi la kalau nak disebut..dari situ juga aku mula mengenali liliq, saf, sodok, a.pian, a,arep, amam,ain, cik mala..argh..byk lak nama yang perlu disebut, kalau yang x tersenarai tu..ampun dan maaf, bukan xingat tapi banyak sangat la bro..heee..

~kadang-kadang kita perlu hidup dalam kenangan seketika bila kita mula merasakan hidup ini tidak seindah dulu..mungkin putaran masa memerlukan kita untuk berubah walaupun kita belum bersedia untuk berubah, tapi kita perlu berubah..itu hakikatnya...

~ini antara coretan aku sebelum Disember berlalu meninggalkan kita..aku mengharapkan sinar yang lebih gemilang..jika tahun lalu aku menyambut tahun baru bukan sekadar membuka lembaran baru tetapi aku juga memulakan dimensi baru dalam hidup aku, yang banyak merubah hidup aku, kehadiran tahun baru kali ini, aku mengharapkan dimensi yang aku buka setahun yang lalu terus berkembang mekar menuju destinasi yang telah ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang..dan tanpa dugaan yang besar yang bisa menghalang apa yang telah direncanakan..

~Ya Allah, permudahkan laluan aku, kukuhkan apa yang telah aku lalui pada tahun baru lepas..kuatkan aku menghadapi dugaan..tabahkan hati aku walaupun aku tidak setabah ibuku, kuatkan hati aku walaupun aku tidak sekuat ayahku..aku memerlukan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan..mungkin itu antara sebab aku akan balik ke kampung bila aku rasa down sangat2..abg apiz pernah tanya aku, kenapa setiap kali aku rasa aku terlalu lemah, aku akan pulang ke kampung? jawapan yang aku berikan, kerana semangat aku berada di sana..aku perlu pulang mencari dan mengutip semangat aku di sana..Ya Allah, kembalikan ketenangan dalam hidupku..kembalikan bahagia yang aku kecapi dulu..jauhkan dari segala dugaan yang bisa melemahkan kami..hanya padaMu aku memohon..moga setiap langkah yang kami atur direstui olehMu dan keluarga tersayang..amin..

p/s ada yang bakal ditinggalkan seminggu nie..huhu..rindu mula menggamit..huhu..sory la kalau aku merepek2..kalau xsuka, xyah baca..blog aku, suka aku la nak tulis aku gembira ke sedih ker..huhu..

Saturday, December 6, 2008

KOMTAR MISSION..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum...

~Pada 3hb yang lepas, gang2 aku telah wat satu projek yang agak best la bagi kami, tapi tak untuk yang menjadi mangsa-mangsa projek ini...

~Nama projek nie KOMTAR MISSION...haha..macam nak runtuhkan bangunan KOMTAR lak bunyinya..kang x pasal2 kena tuduh pengganas lak..



~ Ni la antara muka2 yang menjadi mangsa2 kami..err..mat bob menjadi paparazzi rasmi utk projek nie...

~Tengok la muka-muka yang cuba tersenyum, tapi nampak sangat senyum tu senyum cuak..hahaha..seronok gak membuli adik2 nie..dah lama aku xwat menda-menda macam nie...
asyik orang jer yang slalu buli aku..ni la zaman aku lak nak bermaharajalela...

~Bersama-sama abang-abang aku (aku sorang jer perempuan dalam gang nie...huhu) yang memang otak tahap gila waklu (ayat bro gg..haha), kami telah memberi satu tugasan pada mangsa-mangsa kami...

~Tugasannya berbunyi begini, cewah...satu kumpulan terdiri daripada 3 orang, sorang laki dan dua perempuan..dibekalkan dengan handfon kreadit xley nak call atau mesej dan duit syiling seringgit setiap kumpulan..ada dua kumpulan yang berani menyahut cabaran untuk cabaran kali nie...hahaha..

~Arahannya senang jer..setiap individu perlu mencari wang sebanyak RM 100 ringgit dan dikehendaki balik ke base camp sebelum jam 6 petang..cara nak balik, lu pikir la sendiri...pergi dihantar balik xdijemput..hahaha...

~Selepas melepaskan mangsa-mangsa kami, aku dan bro gg mula meninjau kemana la arah budak-budak tu g..risau gak kami, kang kena kidnap dengan gay ker..kena bawak lari ke Lombok..mau meraung kitaorang nak menjawab...kang ada yang dikorbankan sempena Raya Korban nie...

~Tapi, Alhalamdulillah, menjelang jam 6 petamg, suma mangsa-mangsa kami berjaya kembali ke base camp dengan wajah yang penat...

~Memang pecah perut dengar pengalaman budak-budak nie..macam-macam taktik yang diaorang gunakan...

~Aku harap pengalaman yang diaorang dapat sewaktu menjayakan KOMTAR MISSION nie, memberi pengalaman yang berharga dan berguna..sesungguhnya, pelajaran yang terbaik adalah pengalaman...

~Untuk memenuhi permintaan bro gg yang tengah gila nak blajar skill bergambar, aku selitkan gambar hasil tangan dia sewaktu kami meninjau mangsa-mangsa kami menjalankan tugasan...hahahaha...




~Untuk liliq, bila nak turun Penang??

Friday, December 5, 2008

Hayati Pengertian Aidil Adha

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

~Assalamualaikum..

~Lebih kurang 2,3 hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha ataupun dipanggil juga dengan nama Hari Raya Korban..

~Aidil Adha adalah sambutan terbesar dan istimewa bagi umat Islam selain daripada sambutan Aidilfitri..

~Aidil Adha disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.. Sambutan ini dimulakan dengan takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan khutbah Aidil Adha seterusnya mengadakan ibadah korban pada siang 10,11,12 atau 13 Zulhijjah..

~Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya..

~Mengingati peristiwa itu, membuatkan aku bertanya pada diri sendiri...apakah pengorbanan yang telah aku lakukan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara sejak 23 tahun yang lalu..ataukah tidak ada satu pun pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang usia aku ini..dan adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap ianya sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri...

~Aku selalu mengingati diri aku sendiri, setiap perjuangan ada pengorbanan..adakah selama aku berjuang, sudah cukup pengorbanan yang telah aku lakukan..ataukah masih kurang apa yang telah aku korbankan sehinggakan ada ketikanya aku tersilap langkah.. namun, untuk berpatah balik, itu bukan jalan terbaik..pilihan yang ada, teruskan melangkah sambil mengharap ada sinar di hujung jalan...

~Tapi aku yakin dan percaya, pengorbanan yang ikhlas, Insyallah akan mendapat balasan yang baik..yang penting niat kita..Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya..aku mohon supaya segala pengorbanan yang aku lakukan selama ini (kiranya ada), akan mendapat hikmah disebaliknya..

~Mendengar takbir Aidil Adha pertama kali tanpa ayah tersayang, pastinya akan membuatkan air mata aku menitis tanpa sedar untuk kali kedua..pasti sambutannya berbeza tanpa dia yang aku sangat sayang, yang aku sangat hormati...aku masih ingat, setiap kali tibanya Aidil Adha, dia adalah insan yang paling sibuk untuk memastikan ibadah korban di kawasan rumah ku berjalan lancar...tapi itu suma tinggal kenangan..aku tidak perlu lagi menggosok jubahnya di pagi raya untuk dipakai oleh ayah ke masjid...rutin yang tidak lagi aku lakukan sejak Aidil Fitri yang lalu..

~Tiada lagi panggilan 'selasih' untukku..walaupun aku tidak pernah mendengar dia memanggilku dengan panggilan itu sepanjang usianya, sesungguhnya aku sangat berbangga dengan nama itu..nama itu hanya untuk aku dan hanya dia yang memanggil aku dengan nama itu..aku hanya mengetahui 'selasih' itu merujuk kepada panggilan manja ku yang digunakan oleh ayah setelah dia pergi..aku abadikan nama itu pada blog ini dan pada sesuatu yang aku amat sayangi....nama itu hanya ayah yang berhak panggil.. pada yang lain, jika ada yang ingin memanggiku 'selasih'..maaf, biarlah ianya menjadi kenangan terindah antara aku dan ayah...

~Sesungguhnya, perngorbanan yang dia lakukan, tidak sempat aku balas..walaupun aku tahu, tiada apapun yang nilainya boleh disamakan dengan pengorbanannya membesarkan aku..tapi andai aku sempat membahagiakannya, alangkah bertuahnya aku..

~Sempena Aidil Adha ini, lakukanlah pengorbanan selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan ini, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa, namun ingat..biarlah pengorbanan itu wajar dan betul pada tempatnya..

~Salam Aidil Adha dari aku dan keluarga di Perlis.. Jemputlah datang ke rumah..




~Buat insan tersayang, Allahyarham Haji Halid @ Malek Bin Musa yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5 April 2008, tarikh genapnya umurku 23 tahun,dan juga untuk suma umat Islam yang telah kembali menemuiNya.. Al-Fatihah..Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat...Amin...



Tuesday, December 2, 2008

~BARANGKALI~



Barangkali

kita masih duduk

menunggu…

Barangkali

kita sedang tercungap

mengejar sesuatu…

Barangkali

kita hanya berdiri, terpaku-kaku

membatu-bisu

memerhati gerak waktu

tertib berlalu

mencantas tingkah dan laku…

Mimpikan apa

teman…

Mimpi apakah

kawan…

Kerlinglah di hadapan

tinjaukan perjalanan

panjang yang kian

pendek ini…

Barangkali

berakhir hanya dengan

segunung harapan…

Monday, December 1, 2008

SELAMAT DATANG DISEMBER

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum...

~Mungkin ada yang pelik melihat entry pertama aku..orang slalu cakap selamat tinggal Disember tapi aku ucap selamat datang Disember..asal eh? Mungkin aku boleh coretkan sedikit cerita di akhir coretan ini nanti..Insyallah kalau aku tak lupa...hee..

~Apa yang aku nak kongsi sempena kelahiran pertama atikel dalam blog aku sendiri nie adalah pengalaman aku mencipta benda yang dipanggil blog ini.. Payah gila beb..Complicated seh..ingat relationship jer ke yang ada status complicated..Kalau kurang sabar, nak jer aku berhenti buat..berair mata aku nie, pedih mengadap lap top aku nie..

~Tapi Alhamdulillah, akhirnya, blog ini lahir hasil tunjuk ajar senior-seniorku (credit untuk bro gg, amam n pada suma yang terlibat dalam pembikinan blog aku nie..cewah)..sesungguhnya sebelum ini aku tak yakin untuk menghasilkan blog sendiri.. Tapi hari nie, aku dah ada blog sendiri..haha..macam tak caya lak..tapi itulah kehidupan..sebagaimana yang aku selalu katakan (aku kata kat sapa pun aku xtau) aku tidak sempurna tapi selagi aku hidup, aku cuba untuk jadi sesempurna mungkin pada suma insan yang aku knal..

~Hmmm..Selamat Datang Disember..tajuk ley wat tajuk filem nie..slalukan ujung-ujung taun macam nie kan, suma orang nak say good bye kan..suma ternanti-nanti taun baru yang bakal tiba..

~Tapi kalau ikutkan sejarah hidup aku, Disember pernah membuka lembaran manis dalam hidup aku..terlalu banyak kisah suka dan duka..menarik, sehinggakan kadang2 buat aku tersenyum sendiri...

~Apapun, tahun 2008 hidup aku banyak mengalami evolusi..taun nie paling meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku..terlalu banyak kisah..suka duka, sentiasa bersulam yang kadang-kala membuatkan aku begitu bersemangat untuk terus melangkah tetapi dalam masa yang sama ada kisah yang membuatkan aku merasakan putaran masa terhenti dan cahaya yang menerangi perjalanan hidup aku hilang seketika..

~Namun itulah kehidupan...mungkin andai ada waktu, akan aku coretkan sedikit sebanyak kisah-kisah itu..buat waktu ini,biar ini saja..

~Disember..penghujung waktu, tapi ianya permulaan yang manis bagi aku untuk melangkah ke taun baru.."Selamat Datang Disember"..hee..

p/s: liliq, aku dah ada blog..btl kata ko..hahaha..