Friday, November 16, 2012

Assalamualaikum..

currently, love this song..

Sunday, November 4, 2012

Dia datang lagi...

Assalamualaikum...

Esok 05/11/12 bermula la perjuangan untuk semua pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia termasuk la untuk adik aku dan untuk anak-anak didik aku.

Act, dah rasa aku dah rasa nervous dari minggu lepas lagi...


Untuk adikku, Nur Farhana..Good luck. U are smarter than me, u are hardworking and i hope Allah will help u create a great result. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang telah dia lakukan. Chaiyok!


And for all my student..Kelas 504, 510, 513. Segala apa yang pernah saya berikan, segalanya dihalalkan, segalanya diberkati. Saya hanya ingin melihat awak semua berjaya. Itu sahaja. Juga untuk kelas 506 dan 511. Harapan yang sama juga saya sandarkan untuk awak.


Terima kasih untuk koleksi coklat-coklat yang telah diberikan kepada saya. hehe



Istimewa untuk barisan BWP yang tersayang. Tanpa anda semua, memori di sini mungkin tidak seindah ini. Saya pasti akan rindukan kalian. Pasti!



Kepada bakal-bakal usahawan muda yang berjaya, PUM. Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang korang berada di bawah jagaan saya..

Dan tidak dilupakan kepada SPR "like a boss". I have great time with all of u. Thanks.

SPM 2012- Inilah tujuan anda semua berada di bumi Taiping yang bertuah ini..



to all my dearest student, esok adalah permulaan sebuah perjalanan yang masih panjang.Esok juga sebahagian daripada penentu untuk masa depan anda semua. I would like to wish, good luck and all the best. Doa saya sentiasa mengiringi setiap langkah anda. Semoga kasih sayang saya menjadi semangat untuk kalian berjuang.
 

 Lots of love from me!
 

Graduasi MARESMART 2012

Assalamualaikum...

Lets talk about graduasi. Fuh, semput annual dinner belum abes, tup tup 'sila hadirkan diri ke Mesyuarat Graduasi 2012'. Nasib la. Part yang paling penting untuk graduasi adalah tempat. Dan part yang payah tu jugak la aku dapat. Tahniah untuk diri sendiri! Start dengan buat layout. Pastu tahun nie big boss nak buat kat hotel plak. So untuk raptai di maktab terpaksa la kena telle dewan maktab dengan ballroom kat sana plak.

raptai kat maktab

Raptai kat maktab ja makan 2 ari. Malam sebelum graduasi ada Mohon Restu. Tahun nie tak dapat nak join Mohon Restu sebab nak g tengok orang hotel susun kerusi ikut spec gua. Kang tah pa pe yang disusun, jenuh nak menjawab dengan bos.

nie la hasil kerja pada malam tersebut..

Graduasi nie complicated kot. Nak settle hal budak satu la, tak termasuk nak handle parents lagi. Tahun lepas aku kena bahagian jemputan dan sambutan. Dah merasa beb dengan kerenah2 certain parents nie. Sabar je la..

Tahun nie plak, pengetua nak cikgu-cikgu pakai jubah skali. Layankan ja la.
 
 
 
 
emcee of the day


Anugerah Emas
 
 Aishah and Faiz


Ahmad Faiz Ibrahim/Presiden BWP 2011/2012


Noor Aishah Mohammad Izham/Timb. Presiden BWP 2011/2012
 
Ini serius touching!


and.....

Sampai di sini untuk kali ini.

Tahniah untuk semua graduan MARESMART :) Good Luck SPM 2012

Annual Dinner 2012, 28th Batch

Assalamualaikum...


Agak lama tidak update blog. Sudah mula banyak sawang. Biasalah apabila masa menjadi sesuatu yang sangat berharga, kejab je tak seda masa berlalu. Terlalu banyak yang berlaku. Semuanya memberikan pengalaman tersendiri.

Lepas je Hari Raya Puasa yang lepas, mula sibuk dengan kertas-kertas peperiksaan yang bertimbun untuk diselesaikan. Dengan hanya berbekalkan tenaga 5 orang guru, kami pulun habis-habisan untuk menghabiskan penandaan sebanyak 16 kelas. Tahun ini tahun yang paling mencabar untuk my team , kerana kami kekurangan guru. Guru yang berpindah tiada pengganti dan yang ada hanyalah kami guru-guru muda yang serba kekurangan pengalaman dan kemahiran. Tapi amanah tetap amanah. Kami cuba lakukan yang terbaik untuk masa depan pelajar-pelajar yang dididik.

Haaa..untuk aku, masuk je September, annual dinner menanti..huargghhh.. Big event by BWP. Memang banyak gile keja. Budak2 nie asyik berkampung di umah aku siapkan apa yang patut.


tema annual dinner untuk tahun ini

Setelah bertungkus lumus, akhirnya dapat diterjemahkan dalam realiti. Alhamdulillah

hiasan dewan yang sweet
 
ada sangkar burung lagi
 
ada live band lagi
 
and ada nasyid
 
 
grand prize for lucky draw!


nie la dia ipad boy y bertuah malam tue..wajdi..

Alhamdulillah..finally done! Thanks BWP 2011/2012 for great teamwork..


love all of u!! muaahhh!