Monday, January 23, 2012

Wajah Malaysiaku Edisi Jalan Jem..

Assalamualaikum..


Dulu...
Jarang kita dengar isu jalan raya sesak..

Sekarang..
Selalu sangat kot...asal raya je sesak, asal sesak je raya...tak kira la raya menda pun..huhu
Tu belum campur musim cuti sekolah lagi..

Memang da jadi satu kebiasaan fenomena jalan jem seantero Malaya bila time2 macam nie. Sehubungan dengan itu (perh, ayat buku gile..haha) muncul la pelbagai ops...ops itu, ops ini..oppsss terlebih sudah..

Setakat berita semalam da 100,000 lebih saman dikeluarkan..pe yang kita ley simpulkan kat sini, wat la ops pe pun kalau sikap rakyat Malaysia di jalan raya tak berubah, macam tu akan jadinya sampai bila-bila pun..hrmm..

Ok, back to our topik, tak mau dok cite pasal ops bagai, nak citer pasal jalan jem..hehe..
Kenapa jalan jem??

Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya..

  1. Orang nak balik raya (tu dah confirm la..nama pun cuti raya..haha)
  2. Orang yang tak sambut raya pun nak balik kampung gak.
  3. Orang nak g berlibur aka bercuti dengan family sempena cuti panjang
Mengapakah hal ini terjadi??Jeng3..Mungkin..
  1. Budaya balik kampung rakyat Malaysia. Tak kisah la raya apa or raya sapa pun, sebab kitakan 1 Malaysia..haha..semua sibuk hala stering nak balik kampung, jalan laju je g beli tiket nak balik kampung..
  2. Mencari ketenangan kat kampung halaman setelah stress belajar dan bekerja (aku lah antara orang yang termasuk dalam list nie..keke)
  3. Orang Malaysia sekarang idup da senang, mampu beli keta, mampu bayar tol n mampu nak g bercuti..
Kesimpulannya...
  1. Walaupun terpaksa redah jalan yang macet (jem la tu), tapi tak kisah janju boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan balik kampung, jenguk orang tua, sanak saudara.
  2. Walaupun masa terbuang banyak kat jalan raya sebab jem n bukan cuti raya kita pun, contoh, raya Cina kaum lain ley tumpang dua kaki spend time dengan family sebab kita pun cuti walau bukan raya kita. Time nie ley la watt family day ke, nak wat kenduri kawen etc.
  3. Walaupun kaki sakit, ati sakit n macam2 lagi yang sakit..Alhamdulillah, hidup kita semakin baek n senang.
Selamat Bercuti, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Selamat Menempuhi Jalan Raya yang sesak. Jangan lupa berterima kasih kepadaNya.

* datang ilham nak wat entry nie bila terperangkap dalam kesesakan kat hiway dari Bukit Beruntung ke Hentian Tanjung Malim. Setakat ley gerak 30km/jam, kura-kura confirm ley sampat Taiping dulu dari aku..haha..

And I Juz Want To Wish..




2 comments:

ADAM said...

raya puasa, raya haji, tahun baru cina, deepavali, x-mas.... adalah antara kebudayaan Malaysia yang kaya dengan budayanya ditambah satu lg kebudayaan gemilang... ia itu Jalan Jem. Kebudayaan lain hanya diamalkan sekali sekala dlm setahun. Tetapi kebudayaan yang baru masuk senarai ini terpaksa diamalkan tiap-tiap hari.... pergi keje jem, balik keje jem. Hari minggu ofis tutup pun budaya jem terserlah jua. Hahaha.... Malaysia kaya budaya

Zah~ Nur Faizah said...

Malaysiaku y unik :)