Thursday, January 19, 2012

Cerita Hang Tuah


Assalamualaikum...
  • Lately kisah Hang Tuah mula diperkatakan kembali. Sejarah mula diungkap kembali..
  • Kebiasaannya membawa ulasan dan persepsi yang berbeza..
  • Tulisan dibawah ini adalah komen dari pensyarah Sejarah kesayangan saya melalui Facebook sahabat..
  • Saya jadikan ulasan ini sebagai post untuk kita berkongsi maklumat dan sejarah


Cerita tentang Hang Tuah [HT] terdapat dlm banyak versi Sulalatus Salatin [SS]. Dalam setiap versi itu ada perbezaan. Selain dr dlm SS ada lagi cte nya dlm Hikayat Hang Tuah. Versi yang baik kalau nak baca ialah versi A Samad Ahmad, yg juga dikenali sebagai versi Sulawesi. Nama sebenar HT ialah Daeng Mempawah yg dhadiahkan kepada Sultan Melaka. Dalam Hikayat HT pula menyatakan bapak HT bernama Hang Mahmud dengan Dang Merduwati. Bapak Hang Jebat bernama Hang Mangsor. HT dikatakan berasal dr Pulau Duyung. Andaya menyatakan HT ialah org laut. HT dikuburkan di Tanjung Kling.

Gelaran Hang itu tiada kaitan dengan negara China. Para pengkaji cenderong mengaitkannya dengan Pahang. Yakni Pang Hang... yang ada pengaruh Siam nya, kerana ketika itu Pahang dijajah Siam. Jadi kemungkinan HT kalau ada kaitan dgn Siam atau Pahang agak lojik berbanding dgn China. Kaitan antara HT dgn China hanya kerana perkataan hang itu sahaja yang dikaitkan dengan nama keluarga Cina - Hang. Selain itu tiada kaitan. Bagi Prof Abdul Rahman Ismail pula menyatakan Hang ialah gelaran yg diberikan kepada seseorang yang tindakannya tidak terturut oleh orang lain.

Menurut sejarah sebenarnya ada 9 org hang tapi yg sering dikutip hanya 5 sahaja. Salah seorg lagi hang ialah hang Iskandar. Jadi hang itu ialah gelaran, bukan nama org. Isu berkaitan dengan sumber pula ialah memang dalam sejarah itu sgt ptgkan sumber empirikal, tetapi jika tidak ada sumber lain maka sumber mitos dan lagenda juga boleh digunakan dgn syarat disokong juga oleh sumber -sumber lain sbg perbandingan. Bagi hikayat HT dan SS kedua-duanya adalah sumber terawal untuk mengenali Melayu yang kita ada, selain dr sumber ini hampir tidak ada.
Semasa penjajahan di Tanah Melayu dulu, pihak penjajah ada membawa khazanah warisan bertulis ttg Melayu dalam sebuah kapal balik ke Eropah tapi sayang kapal itu tenggelam di lautan dalam peperangan, maka semua khazanah bertulis warisan Melayu hilang begitu saja.
Bagi saya HT memang wujud, cuma tarafnya adalah lagenda bukan mitos. Kalau mitos memang tidak boleh jadi sejarah sbb adalah cerita rekaan, sedangkan lagenda pula ialah kejadiaan atau tokoh tersebut memang betul-betul wujud cuma telah ditokok tambah.

Kecenderungan sejak akhir-akhir ini ialah ramai dalam kalangan tertentu cuba untuk memesongkan sejarah Melayu disebabkan mungkin ada agenda tertentu. Banyak cerita yang disebarkan kadang kala satu penipuan dan malangnya dipercayai pula oleh org melayu sendiri yang sekali lagi malang kerana mereka buta sejarah. Tetiba je mahu menyokong pernyataan org tertentu tanpa pengetahuan sejarah. Dari sudut sejarah HT memang wujud, cuma cerita kepahlawanannya ditokok tambah. Hanya mereka yang punya agenda lain atau sudah mulai 'rada-rada lupa' saja yg boleh menyatakan HT tidak wujud.


Hang Li Po

Mengenai Puteri Hang Li Po pula. Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan.

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah. Jadi perkataan Hang itu adalah gelaran kepada seseorang yang tidak terturut kebolehannya, yakni seseorang yang hebat dalam apa jua bidang.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. Itulah yang tercatat dalam SS. Hang Li Po ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 - 1477), Sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Beliau dikatakan puteri kepada Maharaja Yongle, maharaja Wangsa Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam babad Wangsa tersebut. Seorang penyelidik dan pakar mengenai wangsa Ming bernama Dr. G. Wade membuat penyelidikan tentang hal ini [dulu beliau berkhidmat sebagai pensyarah sejarah di PPIK USM]. Didapati tiada dalam mana-mana catatan dalam dinasti ini mengenai Li Po. Perihal yg sekecil2 perkara ada dibincangkan dalam catatan dinasti ini tapi tidak ttg Li Po. Akhirnya Wade membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil satu peristiwa besar tentang perkahwinan antara Puteri Maharaja China dan Sultan Melaka tidak dicatatkan di dalamnya. Perkara ini sesuatu yang aneh.

Wade kemudian menyatakan bahawa memang benar terjadi perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Li Po, tapi persoalannya siapa Li Po? Katanya - Lipo besar kemungkinan adalah anak salah seorang saudagar atau pembesar dr dinasti tersebut pada masa itu dan atas kepentingan perdagangan saudagar tersebut maka anaknya dikatakan [baca menyamar] sebagai puteri China. Semua ini dilakukan untuk memastikan kepentingan perdagangan para pedagang China tidak terjelas malahan mendapat tempat isitmewa di Melaka.

Kesimpulan – HT memang wujud. Hang Li Po juga wujud tapi bukalah seorang puteri dari Wangsa Ming. Besar kemungkinan berlaku penyamaran [masih dalam penyelidikan].

Credit To : Dr Nazarudin Zainun
Pensyarah Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan, USM

4 comments:

aisyahshakirah said...

cikgu bila nak tulis buku teks pulak. ada gaya :)

Zah~ Nur Faizah said...

haha..nie dari my lecturer la syg..

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Zah~ Nur Faizah said...

thanks 4 info :)