1 Ramadhan menjelma lagi. Bulan yang dinantikan oleh mereka yang mengerti kehebatan bulan ini. Bulan yang dirindu oleh umat Islam yang begitu mencintai kebaikan.
Tapi tak kurang juga ada yang mula jadi cacing kepanasan. Hehe. Bagi mereka yang masih kurang ilmu di dada mahupun mungkin hidayah belum menjenguk masuk ke hati mereka.
Hrmmm persepsi Ramadhan untuk aku juga berubah seiring dengan usia dan kematangan (perh, macam matang sangat ja aku nie. Haha)
Dulu...
Waktu aku kecik lagi around umur sekolah rendah, bila nak puasa je susah hati sebab tak boleh nak makan dah. Kena puasa dan setiap hari countdown nak raya. Puasa tak seberapa. Heh..
Then...
Masuk sekolah menengah dah ok. Da faham kenapa kita perlu puasa. Cuma masih dangkal indahnya bulan yang dinamakan Ramadhan nie.
Pastu...
Masuk ke alam kampus. Pertama kali berpuasa jauh dari keluarga. Sedih tak yah citer la. Cuma bila mengenangkan semua kawan2 pun jauh dari keluarga. So tak yah nak over sangat. Haha. Masa ini masih macam zaman sekolah menengah, berpuasa dan terawih yang kadang-kadang pergi kadang-kadang tak. Atas alasan busy buat assgment bagai. Dan bermula pengalaman menapak berjalan kaki ke kedai makan sama ada kedai ala Thai or kedai mamak untuk bersahur. Walaupun agak jauh tapi sanggup sebab aku bukan jenis yang bersahur awal macam pukul 1 or 2 pagi. Sahur msti pukul 4 dan 5. Sempat juga merasa berpuasa di bumi Minden tercinta sebagai seorang staff dan berhari raya sebagai seorang pekerja USM.
Next...
Now im here. Taiping. Tempat mencari rezeki. Tahun keempat berpuasa di sini. Kematangan bergerak seiring usia. Pengertian Ramadhan juga dilihat dari dimensi yang lebih baik. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga juga dengan solat Tarawih. Tetapi lebih banyak lagi ibadat yang boleh dilipat gandakan. Sambil menyesali masa yang disia-siakan selama Ramadhan yang lalu.
Jadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang lepas. Maaf atas salah dan silap yang dilakukan secara sengaja dan tidak disedari. Maaf atas segala kelancangan lidah yang bertutur. Sememangnya sabar itu indah tapi juga bukan sesuatu yang mudah untuk diraih, kerana marah itu musuh sabar. Marah itu api, api tu sifat syaitan dan sabar itu ibarat air yang dihasilkan melalui istighfar dan zikir.
Salam Ramadhan
...Ramadhan dekat di hati, Ramadhan kali ini lebih bererti...
No comments:
Post a Comment