Sunday, August 22, 2010

Rindu Itu Datang Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sedar xsedar da 10 hari umat Islam berpuasa..tyme flies too fast.. ini tahu kedua aku berpuasa di bumi bertuah Taiping... sepanjang 10 hari berpuasa, aku belum pulang ke kampung di Perlis..

Rindu??? sangat rindu..jangan ditanya tentang rindu..apa lagi bila mengenangkan mak dan adik yang berada di kampung..dan kuburan ayah yang masih belum diziarah sejak Ramadhan menjengah...

Ramadhan menyimpan terlalu banyak kenangan bersama ayah..terlalu banyak..aku masih ingat, sewaktu di sekolah rendah, dia yang akan mengejutkan aku untuk bersahur..biasalah kanak-kanak, malas nak bersahur..ayah aku slalu memujuk aku bersahur dengan mengumpan aku papadom goreng..dengar je ayah cakap mak gorengkan papadom, trus aku semangat bangun bersahur...dan sampai sekarang, ak mmg ska papadom..

Bila aku mula meningkat dewasa, ayah mula memahamkan aku kenapa kita perlu bangun sahur?katanya dalam sahur ada keberkatan..bukan nak makan sangat..tapi Nabi sangat suka bersahur..ayah aku kata, apa salahnya kita wat apa yang nabi suka..

Kini, aku da dewasa..da 25 tahun pun..walaupun berjauhan dengan keluarga, walaupun ayah sudah tidak bersama kami lagi...aku masih mengikuti apa yang telah diajari...ada kawan-kawan kagum melihat aku sanggup bangun bersahur sorang-sorang..bagi aku, itu kenangan aku bersama ayah..walaupun aku da xdapat dengar suara dia mengejutkan aku bangun sahur..itu kenangan aku dan dia..

Pernah satu pagi ketika aku bangun sahur seorang diri di sini, aku menangis tiba-tiba..terasa sebak dan rindu..bila mengingatkan ayah..lantas teringat mak dan adik yang bersahur di kampung berdua..terasa nak balik time tu gak...

Aku sangat rindukan dia...rindu melawat kuburan dia..Rindu pada mak di kampung..sesungguhnya mak aku ibu yang kuat..ibu yang tabah..

Rasa sangat tidak sabar nak balik kampung..membilang hari demi hari..biar la orang nak cakap aku nie macam budak-budak..sibuk nak balik kampung..tapi aku ada alasan yang kukuh kenapa aku da macam budak-budak..disana ada mak dan di sana juga ada kubur ayahku...

Walaupun ayah dah tiada, kenangan dia masih bersama aku..kekal slamanya..masih aku ingat tugas aku setiap hari untuk sediakan juadah berbuka ayah..ayah akan berbuka di masjid..selepas solat Magrib baru dia balik berbuka di rumah bersama kami..tugas aku setiap hari sebelum ayah ke masjid adalah untuk menyediakan air suam, beberapa biji kurma dan sedikit kuih untuk ayah bawa ke masjid...

Dan bila pagi raya, menjadi rutin aku untuk iron baju melayu, kain pelikat @ jubah untuk dipakai oleh ayah untuk solat sunat Hari Raya...

Itu rutin aku..rutin yang telah aku tinggalkan 2 tahun lepas, tahun ini dan tahun-tahun berikutnya..tiada lagi rutin itu...

' Ya Allah, kau cucurilah rahmatmu ke atas roh ayahku, tempatkan dia di kalangan orang yang Engkau cintai..jauhkan dia dari azab kubur..kurniakan dia syurgaMu..sesungguhnya dia ayah yang penyayang, suami yang baik buat kami, keluarganya...Amin..'

Untuk ayahku, Halid @ Malek Bin Musa..Al-Fatihah dari anakmu yang tersayang...

Untuk mak dan adik serta keluarga di kampung..tunggu aku pulang..aku pulang membawa rindu yang sarat di hati....

No comments: