Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Pagi ini, ak turun duty melihat perjalanan peptalk..menjadi kebiasaan pelajar disini menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu warisan..ye, lagu warisan..yang ilham utk menyanyikan datang dari presiden SRC taun ini..dan dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan bulanan bersama pendidik2 disini..
Pagi ini, sebaik saja mereka mula menyanyikan lagu warisan, fikiran ak mula teringatkan kenagan lagu ini (sempat lagi berangan tuh..haha)... lagu yang sama yang penah dinyanyikan ak bersama teman2 seperjuangan liriknya sgt menyentuh ati apatah lagi jika lagu tersebut didendangkan sewaktu kami sedang bersedia untuk memasuki medan perjuangan..
Dan aku mula memikirkan kenapa ak diletakkan disini..
Disebuah MJSC yang pelajar2nya adalah bangsaku kesemuanya..
Dan mengapa semasa aku menuntut di kampus jurusan sejarah yang menjadi pilihanku sehingga ak mengecewakan guruku yang sgt berharap ak mengambil pengkhususan geografi memandangkan aku dan 3 lagi temanku merupakan pelajar terbaik geografi pada tahun ak menduduki peperiksaan STPM..tp bukan salah ak..kwn2 ak y best student tu pun xambik pengkhususan geo gak bila kat u..
Ampunkan kitaorg eh Cg Saerah..huhu..
Walaupun setiap kali ak memberitahu ak mengambil pengkhususan sejarah, semuanya memberi respon yang pelbagai..sama ada kagum atau pelik melihat orang sepertiku mengambil jurusan sejarah..
Biarlah apa pun yang difikirkan oleh orang lain...
Ak tidak mampu utk mengawalnya..
Cuma pagi ini hijabku terbuka dengan izinNya..
Aku merenung melihat sejarah takdir hidupku yang telah tertulis dan dirangka begitu indah oleh Dia Yang Maha Bijaksana...
Cuma kadang2 ak tidak mampu melihatnya secara rasional..
Ampunkan aku atas kekhilafanku Ya Rabb..
Untuk anak bangsa dan bangsaku yang tersayang..
Renungi lirik ini bukan sekadar sebuah lagu..
Tapi ianya lambang sebuah bangsa yang berdaulat..
Bangsa MELAYU ku..
Mensyukuri nikmat yang diberikan...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment