Dalam masa 2, 3 hari nie, bila aku membuka helaian surat khabar..hati aku menjadi benci melihat keganasan Israel terhadap rakyat Palestin..
Lebih meruntun hati kecil aku bila melihat wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman peluru yang tidak bermata...
Apa sudah jadi pada dunia ini..Inilah akibatnya apabila ego menguasai diri...yang lemah terus menjadi mangsa...
Pada warga USM yang ingin bersama berkongsi rasa penderitaan rakyat Palestin, marilah beramai2 menyertai Perhimpunan Aman yang akan diadakan di Masjid Al Malik Khalid, USM sebelum solat Jumaat pada 12.45 tengah hari 9 JANUARI 2009. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Sekretariat Sukarelawan USM. Sekretariat YDP Anak-Anak Negeri dan Sekretariat YDP Desasiswa...
Kebencian lebih terasa apabila dilihat oleh hati yang kecewa... Ayuh, gerakkan langkah teruskan perjuangan..kerana kita adalah penyambung warisan..walau dibuang, walau dihina..berjuang terus berjuang...
'Perjuangan ibarat tiram di laut...
Dihiris pepasir tercalarlah ia...
Sungguhpun terluka tapi dipendam...
Sungguh pun pedih tapi disimpan...
Namun akhirnya dibalas mutiara..
Selamat berjuang wahai pejuang..
Tidak kira dimana kita diletakkan..
Tidak kira dimana kita dicampakkan..
Berjuang terus berjuang...'
Salam Perjuangan...
2 comments:
mari kita sama2 bersolat hajat...
salam...
ke manakah kak zah menghilang..??
Post a Comment