Friday, December 12, 2008

Senyumlah Hati..Walaupun Terasa Sukar Diukir..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

~Assalamualaikum...

~entah mengapa pada waktu ini, hati aku terasa sangat sayu..untuk mengukir senyuman semanis biasa seolah2 xmampu lagi untuk ku lakukan..

~ketenangan yang selama nie aku kecapi seolah-seolah hilang entah kemana..aku tidak tahu di mana silapnya..terasa langkah aku semakin sumbang..

~adakah apa yang aku rasa ini sekadar perasaan aku ataupun ada sesuatu yang aku tau tetapi sengaja aku ambik tidak peduli...sengaja aku menganggap semuanya seperti biasa walaupun bukan itu sebenarnya yang terjadi..Ya Allah, apa yang sepatutnya aku lakukan..aku benci bila aku berperasaan seperti ini..aku rindukan sesuatu..ya, aku rindukan sesuatu..

~aku rindukan zaman kehidupan kampus yang aku lalui bermulanya aku bergelar pelajar USM..aku rindukan suasana itu..aku rindukan senior2 yang sangat memahami aku..aku rindukan sahabat2 baik aku yang sentiasa dengan aku tak kira siapa pun aku..sama ada aku berada di puncak atau pun ketika aku merasakan aku adalah sehina-hina manusia pada ketika itu..

~cat, azhar..aku rindukan zaman kita menjadi sahabat yang sangat baik..sangat memahami antara satu sama lain..saat kita tidak pernah berkata tidak setiap kali ada antara kita yang mintak tolong wat sumthing..siyes..aku rindukan saat itu..korang memang sahabat yang paling memahami..tidak pernah jauh meninggalkan aku..dan bila aku jatuh tersungkur menyembah bumi, korang masih setia menghulur tangan membantu aku bangun berjalan kembali walaupun yang lain telah jauh meninggalkan aku..

~sungguh..aku rindu saat itu, saat kita boleh bercakap apa saja yang kita suka..saat kita tidak pernah menghirau apa yang orang akan kata pada kita..tapi itu semua aku rasakan semakin jauh meninggalkan kita...antara kata-kata dua sahabat aku yang masih aku ingat sampai sekarang dan aku akan ingat sampai mati..'zah, ko nie xder perasaaan..ati kering'..itu kata dua sahabat baikku ini...aku ingin mereka terus bersama aku, mereka sahabat terbaik aku sepanjang aku berada di bumi Minden ini dan tidak keterlaluan jika aku katakan, mereka sahabat terbaik yang pernah aku ada sepanjang umur ku..aku tidak mahu kehilangan mereka..kerana, mereka cukup memahami aku...sahabat, aku nak korang tau, betapa korang sangat bermakna pada aku..dan bila aku terasa sunyi, aku rindukan zaman kegembiraan kita..tapi, hidup ini ibarat roda kan..ada masanya kita perlu akur dengan putaran masa..tapi aku nak korang tau gak walau apa pun yang telah terjadi dan akan terjadi, korang sentiasa di hati aku..sebagai teman, sebagai sahabat,atau sebagai orang yang tersayang dihatiku..

~memasuki alam kampus, membuatkan aku menjadi diri aku yang sebenar..apa yang dilihat, itulah aku yang sebenar..pada yang tidak berkenan dengan perangai aku..terpulang..tapi sekurang2nya aku tidak hipokrit..kalau aku dilihat comot, memang aku comot la tu..aku bukan jenis minah yang control ayu..mungkin pengalaman lalu mengajar aku supaya menjadi diri sendiri..xperlu berlakon menjadi orang lain..apa perlu menyenangkan hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak gembira dengan apa yang dilalui..aku rindu pada keluarga mpd harapan yang diterajui oleh wong dulu..yang menerima aku sebagai aku..itu saat2 yang membahagiakan..dari situ aku mula mengenali abg apiz, k.lina, k.alin, abg ey, cat, azhar, coai, ramai lagi la kalau nak disebut..dari situ juga aku mula mengenali liliq, saf, sodok, a.pian, a,arep, amam,ain, cik mala..argh..byk lak nama yang perlu disebut, kalau yang x tersenarai tu..ampun dan maaf, bukan xingat tapi banyak sangat la bro..heee..

~kadang-kadang kita perlu hidup dalam kenangan seketika bila kita mula merasakan hidup ini tidak seindah dulu..mungkin putaran masa memerlukan kita untuk berubah walaupun kita belum bersedia untuk berubah, tapi kita perlu berubah..itu hakikatnya...

~ini antara coretan aku sebelum Disember berlalu meninggalkan kita..aku mengharapkan sinar yang lebih gemilang..jika tahun lalu aku menyambut tahun baru bukan sekadar membuka lembaran baru tetapi aku juga memulakan dimensi baru dalam hidup aku, yang banyak merubah hidup aku, kehadiran tahun baru kali ini, aku mengharapkan dimensi yang aku buka setahun yang lalu terus berkembang mekar menuju destinasi yang telah ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang..dan tanpa dugaan yang besar yang bisa menghalang apa yang telah direncanakan..

~Ya Allah, permudahkan laluan aku, kukuhkan apa yang telah aku lalui pada tahun baru lepas..kuatkan aku menghadapi dugaan..tabahkan hati aku walaupun aku tidak setabah ibuku, kuatkan hati aku walaupun aku tidak sekuat ayahku..aku memerlukan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan..mungkin itu antara sebab aku akan balik ke kampung bila aku rasa down sangat2..abg apiz pernah tanya aku, kenapa setiap kali aku rasa aku terlalu lemah, aku akan pulang ke kampung? jawapan yang aku berikan, kerana semangat aku berada di sana..aku perlu pulang mencari dan mengutip semangat aku di sana..Ya Allah, kembalikan ketenangan dalam hidupku..kembalikan bahagia yang aku kecapi dulu..jauhkan dari segala dugaan yang bisa melemahkan kami..hanya padaMu aku memohon..moga setiap langkah yang kami atur direstui olehMu dan keluarga tersayang..amin..

p/s ada yang bakal ditinggalkan seminggu nie..huhu..rindu mula menggamit..huhu..sory la kalau aku merepek2..kalau xsuka, xyah baca..blog aku, suka aku la nak tulis aku gembira ke sedih ker..huhu..

3 comments:

lieliq said...

hmmm....erk....arrr...hish, payah lak nak nyebut...

rilek bro...camni la hidup, turun n naik...oh, sekarang ayat biasa aku "real life tak sebest or sebahagia dalam movie kat tv".....hahahhaa.

apa2 pun, perjalanan hidup ini yg mendewasakan kita....dan mengajar erti kesabaran...
aku setuju, aku pun, kalu tgh jiwa kacau, umah gak tmpat paling best....tapi kalo dah jauh, pikir 2-3 kali gak nak balik....huhuhu

ahh...aku tau ko g mana seminggu nie...cis, bajet tak cite kat aku...

anyway...selamat penempuhi hidup....lagi2 kat atas bukit USM tuu...

FaizahHM said...

mana ada aku g mana2..huhuaaku balik kg g kenduri kawen kazen aku jer..menunaikan tgjwb sbg sedara yang bertanggungjawab..hahaha..padahal takut kena cop xingat sedara..bukan aku yang meninggalkan la, aku yang ditinggalkan..huhu..sedey2..hahaha..

Anonymous said...

RILEX BEB...ni mesti pasal kes tut..tut..tut tuh kan....sabo jek ngn diorg ni...